• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Tanah Runtuh Sekali Lagi Di Karak

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menafikan berlaku runtuhan sekali lagi di kawasan tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit Tinggi seperti dilaporkan di media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata kesesakan trafik yang teruk dari Km53 hingga Km52.4 di lebuh raya itu adalah kerana hanya satu lorong sahaja dibuka berikutan kerja membaik pulih di situ.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini bagi mengulas dakwaan dalam aplikasi whatsapp yang diviralkan kononnya berlaku tanah runtuh di kawasan itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Bentong menghala ke Kuala Lumpur hari ini.

“Anih Berhad sedang usahakan untuk buka lorong kontra dari Km55 hingga Km50) sekejap lagi untuk lancarkan laluan dari Bentong ke Kuala Lumpur,” katanya.

Anih Berhad dalam kenyataan media semalam memaklumkan satu lorong di Km52.4 ditutup kepada lalu lintas sejak 16 Nov bagi membolehkan kerja pembaikan dan pencegahan di kawasan terbabit dijalankan.

Menurut kenyataan itu, dengan pertambahan trafik sempena cuti sekolah yang bermula Jumaat, pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dinasihatkan berhati-hati melalui kawasan berkenaan dan mematuhi papan tanda arahan yang disediakan.

Pada 11 Nov lepas, satu kejadian tanah runtuh di Km52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi berlaku pada pukul 6.30 petang menyebabkan kedua-dua arah lebuh raya itu tidak boleh dilalui.

Dalam insiden itu, tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas tetapi kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan. – BERNAMA

Tags: Kuala Lumpur-Karakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd