• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EAS Yang Lebih Kuat Dapat Bantu Keamanan, Keselamatan Di Rantau Ini

oleh Ahmad Albab
22/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) kini menyasarkan dialog dan kerjasama yang lebih luas dan erat ke arah meningkatkan politik-keselamatan, keyakinan strategik dan kepercayaan di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerimaan pakai Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Ulang Tahun ke-10 EAS pada sidang kemuncak berkaitan ASEAN di sini adalah tepat pada masanya untuk membina EAS yang lebih kukuh.

EAS turut melibatkan kuasa-kuasa utama dunia seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia.

“Ini amat diperlukan pada saat yang amat kritikal ketika ini dengan adanya isu-isu antarabangsa yang memerlukan perhatian kita.

“Dalam hal ini, kita yakin bahawa EAS akan terus menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di rantau ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat itu.

Forum lebih dua jam itu dihadiri oleh kesemua 10 pemimpin negara ASEAN dan lapan lagi pemimpin anggota EAS iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, India, Jepun, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

Antara pemimpin yang hadir pada EAS ialah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri China, Li Keqiang, Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Hadir sama Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung ASEAN, Luong Minh.

Najib berkata EAS ditubuhkan 10 tahun lepas sebagai platform untuk memudahkan perbincangan mengenai isu-isu strategik berkaitan dengan rantau ini dan hari ini telah diiktiraf sebagai antara kejayaan ASEAN dan diletakkan di barisan hadapan dalam kalangan pertubuhan-pertubuhan serantau.

Beliau berkata penyertaan Amerika Syarikat dan Rusia dalam EAS pada 2011 turut mengubah landskap mekanisme ASEAN secara ketara.

“Peralihan geopolitik telah mewujudkan kepentingan yang besar di rantau ini dan dengan itu, ia meningkatkan kepentingan dalam Sidang Kemuncak Asia Timur berdasarkan kepimpinan serantau dan komposisi unik,” katanya.

Najib juga berkata EAS telah membolehkan kuasa-kuasa besar di rantau ini untuk membincangkan kebimbangan dan isu-isu kepentingan bersama berdasarkan agenda dan kaedah kerja yang digariskan oleh ASEAN.

Antara prinsip utama EAS adalah peranannya dalam memudahkan usaha-usaha menggalakkan penerimaan norma tingkah laku.

“Selain itu, ia secara aktif menyumbang kepada pembentukan pendekatan berdasarkan peraturan dalam menguruskan hubungan antara negara di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd