• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Isytihar Harta MB, Kepimpinan Pahang Selesai Hujung Tahun

oleh Ahmad Albab
22/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan proses pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Pahang dan barisan pentadbiran kerajaan negeri selesai pada hujung tahun ini.

Pengarah SPRM Pahang Datuk Zainul Darus berkata perkara itu memerlukan tempoh masa untuk diselesaikan kerana ia melibatkan maklumat teliti seperti tarikh pemilikan harta yang hendak diisytiharkan.

“Ada di kalangan mereka menjadi Exco selama dua, tiga penggal dan ini sudah pasti memerlukan lebih banyak masa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penerangan dan Dialog Bersama Gabungan Persatuan Cina Pahang di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai dan Presiden Persatuan Cina Pahang Tan Sri Pheng Yin Huah.

Zainul bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang tarikh akhir memandangkan pengisytiharan itu adalah sukarela.

Pada 25 Ogos lalu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan beliau bersama barisan 10 ahli Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang negeri dan Pegawai Kewangan negeri akan mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.

Tindakan itu sebagai tanda komitmen dalam usaha menangani gejala rasuah, memperkukuhkan integriti dan sebagai langkah menyedarkan masyarakat tentang gejala rasuah. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd