• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ditahan Kes Pecah Amanah RM1.5 Juta Bukit Aman

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan semalam dan hari ini kerana dipercayai terlibat dalam pecah amanah RM1.5 juta membabitkan kontrak mengubah suai dan membaik pulih ibu pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lima individu terbabit ditahan semalam manakala seorang lagi individu yang ditahan pada awal pagi tadi merupakan pegawai polis berpangkat tinggi.

“Kegiatan mereka berjaya dikesan oleh naziran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tindakan segera diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Kita telah membuat siasatan dan menangkap enam individu yang terlibat terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai bawahan dan juga kontraktor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Sunathon 2015 yang melibatkan seramai 41 orang anak anggota PDRM Bukit Aman berkhatan secara beramai-ramai.

Khalid berkata polis turut mengambil tindakan menyita beberapa kenderaan mewah milik suspek dan juga akaun bank mereka.

“Ada suspek yang direman hari ini, ada yang direman semalam… Kita telah buat tangkapan mulai semalam dan kita tidak akan berkompromi serta membiarkan sesiapa juga melakukan sebarang bentuk jenayah termasuk kakitangan kita sendiri,” katanya.

Sebelum ini, akhbar berbahasa Inggeris mendakwa berlaku pecah amanah melibatkan pegawai kanan polis dalam kontrak bernilai RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarpecah amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd