• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahasa Malaysia Bahasa Penyatuan Rakyat Sabah

oleh Ahmad Albab
22/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan Bahasa Malaysia merupakan bahasa penyatuan rakyat pelbagai kaum di Sabah dan menjadi bahasa lingua franca masyarakat majmuk negeri ini sejak awal kemerdekaan.

Katanya bahasa berkenaan telah menjadi bahasa komunikasi rakyat serta menjadi bertambah kukuh penggunaannya dan peranannya selepas era penjajahan Inggeris.

Salleh berkata usaha memartabatkan Bahasa Malaysia diperkasa secara berterusan melalui pelbagai program termasuk Bulan Bahasa Malaysia.

“Selepas mencapai kemerdekaan, Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman memperkenalkan istilah “Bahasa Malaysia” sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Ia kemudian diguna secara meluas. Pada tahun 1986, istilah “Bahasa Malaysia” diganti menjadi “Bahasa Melayu” berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Kemudian pada 4 Jun 2007, Kabinet Persekutuan membuat keputusan untuk menggantikan penggunaan “Bahasa Melayu” menjadi “Bahasa Malaysia”.

Berikutan itu, Kabinet mengarahkan penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” dalam semua urusan surat-menyurat, catatan dan dokumen,” katannya dalam blognya http://sskeruak.blogspot.com/.

Menurut Salleh pada 7 Mac 1972, Dewan Undangan Negeri Sabah memutuskan agar semua urusan rasmi sama ada lisan atau tulisan dengan kementerian, jabatan, pejabat atau agensi kerajaan, dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia.

Kemuncak kepada usaha memartabatkan Bahasa Malaysia di Sabah, kata Salleh, ialah apabila pada 16 Sept 1973, Bahasa Malaysia diisytiharkan sebagai bahasa rasmi oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Katanya, empat tahun kemudian, iaitu pada 1 Jan 1977, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah diwujudkan, yang menjadi pemangkin kepada pemerkasaan Bahasa Malaysia di Sabah.

“Dari segi dasarnya, Sabah berada di jalan yang betul dalam memartabatkan Bahasa Malaysia tanpa meminggirkan prinsip memperkukuhkan bahasa Inggeris, seperti termaktub dalam dasar kerajaan Malaysia.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan rasmi kerajaan Negeri Sarawak selain Bahasa Malaysia. – BERNAMA

Tags: SabahSalleh Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd