• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tebatan Banjir Lembah Bertam Siap Mei Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
21/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam melibatkan peruntukan RM40 juta, dijangka siap Mei 2016.

Beliau berkata projek melebar dan mendalamkan Sungai Bertam yang sepatutnya siap September tahun ini, terpaksa ditangguh berikutan masalah pengambilan tanah dan terdapat batuan di dasar Sungai Bertam.

“Projek ini telah 55 peratus siap. Walaupun projek ini tidak siap sepenuhnya, kapasiti aliran air yang berupaya membawa banjir, boleh ditampung berikutan kerja-kerja saliran utamanya hampir selesai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan projek itu di Lembah Bertam di sini hari ini.

Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam-Sungai Ringlet diluluskan peruntukannya oleh kerajaan susulan tragedi banjir lumpur pada 23 Okt 2013 di Lembah Bertam dan kemudian berulang kembali pada 5 dan 7 Nov 2014 di Ringlet.

Wan Junaidi berkata apabila projek itu siap, ia dapat mengelak berlaku banjir selama 100 tahun kerana takungan air dibesarkan dan mampu menampung isipadu yang lebih tinggi.

“Projek ini juga merangkumi skop tebatan banjir di pekan Ringlet. Projek ini dijangka dapat mengurangkan 20 hektar luas kawasan banjir, selain mengurangkan kerugian akibat bencana berjumlah RM20 juta, sekali gus menyelamatkan 3,000 penduduk,” katanya.

Berhubung isu pencerobohan tanah oleh petani haram di Cameron Highlands, Wan Junaidi berkata Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) diberi tempoh tiga bulan untuk menyediakan laporan dan cara menangani masalah ini.

“Jabatan itu juga perlu terus menjalankan kerja-kerja pemulihan hutan di bawah program penghijauan semula Cameron Highlands,” katanya.

Wan Junaidi juga berkata kementeriannya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri Pahang mengenai keperluan untuk menyediakan kawasan selamat yang tidak mendatangkan pencemaran mahupun hakisan tanah kepada petani.

Katanya, Jabatan Mineral dan Geosains juga diminta mengenal pasti cerun atau kawasan berisiko tanah runtuh di sepanjang laluan ke sini. – BERNAMA

Tags: BanjirCameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd