• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 410 Kotak Berisi Bunga Api Dalam Serbuan

oleh Ahmad Albab
21/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis merampas 410 kotak berisi bunga api bernilai RM240,000 dalam serbuan di sebuah pusat snuker di Taman Bukit Jaya, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata serbuan di pusat snuker yang dijadikan stor simpanan bunga api itu dilakukan 12.15 tengah malam tadi selepas polis bertindak atas maklumat kegiatan penjualan barangan berkenaan.

“Terdahulu, pemeriksaan berdekatan tandas pusat snuker itu menemui pintu dalam keadaan berkunci.

“Apabila pintu berjaya dibuka, didapati terdapat laluan tangga menghala ke bawah premis yang kemudiannya membawa kepada penemuan kesemua 410 kotak besar berisi bunga api terbabit,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Sulaiman berkata polis turut menahan dua individu berumur 17 dan 18 tahun yang merupakan penjaga kelab snuker itu bagi membantu siasatan.

Katanya kesemua bunga api yang dirampas diangkut menggunakan tiga lori dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

Tags: mercunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd