• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peladang Terjejas Banjir Disaran Lapor Kerugian Segera – Noriah

oleh Ahmad Albab
21/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Peladang dari kawasan terjejas banjir disaran melaporkan kerugian mereka kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka secepat mungkin.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Noriah Kasnon berkata kementerian mempunyai pelbagai program bantuan dan insentif termasuk bantuan baja dan anak benih yang boleh dipohon oleh para peladang yang terjejas akibat banjir tahun ini.

“Bantuan ini adalah sama seperti bantuan yang dihulurkan oleh kementerian kepada para peladang yang terjejas teruk akibat banjir besar pada hujung tahun lepas.

“Bagaimanapun, peladang yang mahu meminta bantuan berkenaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan kementerian atau dengan agensi-agensi berkaitan antaranya Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Getah Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hello Komoditi anjuran kementerian itu di sini hari ini.

Terdahulu, Noriah dalam ucapannya berkata program Hello Komoditi merupakan program turun padang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terutamanya pekebun kecil dan usahawan berhubung sektor komoditi serta peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan sektor itu.

“Di samping itu, program ini juga diharap dapat menarik minat para belia untuk menceburi bidang kerjaya dan keusahawanan berteraskan komoditi bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka,” katanya.

Katanya, pihak kementerian sentiasa bersedia untuk membantu dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan seperti program bantuan tanaman komoditi dan program latihan usahawan. – BERNAMA

Tags: BanjirPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd