• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“DAP Jangan Menyibuk Hal UMNO-PAS”

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – DAP diingatkan agar tidak mencampuri urusan parti lain terutamanya usaha kerjasama antara Umno dan Pas.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Pas atau mana-mana parti berhak bekerjasama dengan sesiapa sahaja kerana negara ini mengamalkan prinsip demokrasi.

“DAP sibuk kata Pas nak kerjasama dengan Umno, apa masalah DAP jika ia berlaku (kerjasama)? Dahulu DAP pun pernah kerjasama dengan Pas atau parti lain.

“Kita negara demokrasi, siapa nak buat kerjasama dengan siapa tidak menjadi masalah. BN terdiri daripada 14 parti komponen dan Umno adalah paling besar,” katanya.

Md Alwi memberitahu, kerjasama Pas dan Umno bukan untuk membentuk kerajaan tetapi sebagai parti yang bertanggungjawab, ia amat sesuai dengan prinsip Islam.

“Bekerjasama dalam hal buat kebaikan, itu prinsip Umno dan Pas serta semua orang Islam, apa yang patut buat bersama kita buat, namun ada juga yang tidak boleh buat bersama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Md Alwi yang juga bekas Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan selepas PRU12, beliau pernah diminta mengatur pertemuan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Abdullah tetapi tidak tahu tujuan pertemuan tersebut.

“Dia kini Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) (Salahuddin Ayub) pernah menelefon saya dan bertanya boleh atau tidak saya aturkan pertemuan Abdul Hadi dan Perdana Menteri.

“Jadi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kena tanya Salahuddin apa yang Abdul Hadi suruh dia buat, setakat itu sahaja yang saya boleh cakap.

“Mengenai kerjasama Umno dan Pas di Selangor saya tidak tahu,” katanya.

Baru-baru ini, pada Majlis Demo Tanya, Ambo Jawab yang berlangsung di Kota Bharu, Husam mendakwa usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno bermula selepas PRU12 apabila beberapa pimpinan Pas didakwa mengadakan pertemuan dengan Abdullah di sebuah hotel di Kuala Lumpur. – Sinar Harian Online

Tags: DAPPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd