• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dibelasah Senior Alami Pendarahan Usus, Buah Pinggang

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar tingkatan satu mengalami pendarahan pada usus dan buah pinggang selepas dibelasah sekumpulan pelajar senior sekolah agama rakyat di Pokok Sena awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu Mohd Irfan Azizan, 13, berasal dari Kampung Permatang Kaka, Megat Dewa, Kodiang dibelasah lima pelajar senior di luar bilik asrama sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata mangsa dipukul kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan suspek selepas mangsa dikatakan orang paling awal masuk ke dalam bilik asrama.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia antara 14 dan 18 tahun itu memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki. Kita sudah kenal pasti suspek terlibat dan belum lakukan sebarang tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata rakan mangsa yang mengetahui kejadian itu telah menghubungi bapa mangsa, Azizan A Aziz kira-kira pukul 6 pagi semalam sebelum membawa mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah(HSB) bagi mendapatkan rawatan.

Adzaman berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Azizan, 40, berkata dia telah menghubungi sekolah bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu sebelum pergi ke situ untuk melihat keadaan anaknya yang dikatakan demam oleh pihak sekolah.

Katanya ketika tiba di sekolah dia mendapati anak kedua daripada lima beradik itu tidur di asrama dalam keadaan lemah selain terdapat kesan lebam pada anggota badan serta mengadu sakit pada pinggang.

Pemandu lori itu berkata pemeriksaan pakar perubatan di HSB mendapati anaknya mengalami pendarahan dalaman pada usus dan buah pinggang kesan daripada kejadian itu.

Katanya sebelum itu seorang suspek turut menghubunginya dan meminta ganti rugi sebanyak RM400 atas kehilangan telefon bimbit yang dikatakan dicuri anaknya.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]y5t47ff0whY[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ketuai Royal Johor Pada Johor Super Crown Polo Tournament 2026

Tunku Mahkota Ismail Ketuai Royal Johor Pada Johor Super Crown Polo Tournament 2026

29/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bakal mengetuai pasukan Royal Johor pada kejohanan polo berprestij antarabangsa Johor...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd