• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berlian Terbesar Dalam 100 Tahun Dengan 1,111 Karat

oleh
21/03/2017
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TORONTO (Kanada) – Sebutir berlian didakwa sebagai memiliki kualiti terbesar di dunia dengan kadar 1,111 karat berjaya ditemui iaitu setelah selang 100 tahun permata terakhir sedemikian pernah direkodkan dahulu.

Batu berharga ini tidak hanya membuatkan syarikat yang menjumpainya berasa terkejut malah saham, Lucara, firma perlombongan berlian tersebut juga dilaporkan naik mendadak sehingga 32 peratus pada akhir dagangan.

“Penemuan penting berlian dengan kualiti lebih 1,000 karat dan memiliki saiz terbesar dalam tempoh satu dekad terakhir…. Tiada kata yang dapat menggambarkannya,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Lucara, William Lamb.

Stesen penyiaran antarabangsa CNN pada Jumaat melaporkan, berlian kedua terbesar di dunia dari segi saiz itu ditemui Isnin lalu. Pihak Lucara juga belum memutuskan bila dan bagaimana akan menjual berlian itu di pasaran.

Firma tersebut bahkan belum lagi menaksir nilai sebenar permata itu yang memiliki ukuran 65 mm x 56 mm x 44 mm dan terbesar pernah dijumpai di Botswana, sebuah negara bekas jajahan British di selatan benua Afrika.

Baca: Berlian 100 Karat Paling Sempurna RM80 Juta

“Masih terlalu awal. Kami harus mencari cara terbaik untuk mendapatkan nilai maksimum dari batu ini,” kata Lamb sambil menyatakan sudah menerima banyak pembeli berpotensi yang mahu membeli berlian tersebut.

Memandangkan kebesaran ukuran dimensinya tersebut, Lucara ujar beliau kemungkinan besar bakal membawa batu nadir berkenaan ke sebuah syarikat pengukuran permata terkenal antarabangsa di Antwerp, Belgium.

Selain berlian 1,111 karat tersebut, Lucara juga menemui dua butir berlian lainnya dengan kadar kualiti yang cukup besar daripada kebiasaan. Masing-masingnya diperkirakan memiliki kadar sebanyak 813 karat dan 374 karat.

“Ini strategi terbaik syarikat kami untuk menjual ketiga-tiga berlian tersebut di pasaran antarabangsa,” katanya. Tidak hanya mencatat sejarah, penemuan berlian itu turut mengubah nilai kekayaan syarikat Kanada ini.

Sahamnya di bursa Stockholm, Sweden dan Toronto, Kanada sebelum ini jatuh sehingga 26 peratus, tetapi kini kenaikan harga saham selepas seminggu berlian itu ditemui telah menghapuskan imej ‘tidak bermaya’ Lucara.

Syarikat cari gali mineral tersebut menyatakan, batu berlian itu dijumpai di kawasan perlombongan baharu di Karowe terletak di utara Botswana. Lombong milik Lucara ini sebenarnya sudah beroperasi sejak 2012.

Untuk rekod, berlian terberat yang pernah ditemui sepanjang sejarah dunia memiliki kadar 3,106 karat. Batu permata tersebut diberi nama Cullinan Diamond dan ditemui di Afrika Selatan pada 1905 lalu.

Salah satu potongan berlian berkenaan yang diberi nama First Star of Africa terdapat dalam mahkota raja Britain ketika zaman itu dan kini dipamerkan kepada awam di Tower of London. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: berlianPERMATAzamrud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

19/07/2019
0

PENYANYI Indonesia Firman Siagian mendakwa subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. Firman, 40, berkata, barang...

Vida Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

17/07/2019
0

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd