Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Isu Kalimah Allah: PM...

MELAKA : Kebenaran penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam...

Kes Positif Melonjak Lebih...

BANGKOK: Thailand mencatatkan 8,263 kes jangkitan COVID-19 baharu dan 14 kes kematian dalam...

1,472 Positif Covid-19, 3...

KUALA LUMPUR - Hari pertama Disember terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia...

Pekan Dipenuhi Wanita Rayu...

BRASILIA - Pekan Noiva do Cordeiro di sini yang hanya didiami oleh kaum...

Berlian 100 Karat Paling Sempurna RM80 Juta

NEW YORK – Sebutir berlian 100 karat yang berasal dari sebuah lombong di Afrika Selatan berjaya dijual dengan harga AS$22.1 juta (RM79.5 juta) hanya dalam masa tiga minit dilelong kepada pembida dari seluruh dunia.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, acara yang berlangsung di galeri lelongan terkenal Sotheby’s di sini pada Selasa, mendapat tumpuan kerana dianggap berlian terbesar potongan zamrud paling sempurna pernah dijual.

Ketua jabatan barangan perhiasan Sothebhy’s, Gary Schuler berkata, sebelum acara lelongan dibuka, pihaknya menjangka harga minimum bidaan mungkin hanya mampu mencecah AS$19 juta (RM68.3 juta).

“Warna berlian ini lebih putih daripada putih, bebas daripada ketidaksempurnaan, sangat telus sehingga sukar dibezakan dengan kolam berisi air batu,” ujar beliau kepada pembida sebelum memulakan proses lelongan.

Image: Sotheby's Preview A 100 Carat Diamond

Berlian tersebut ditemui di salah satu lombong milik firma cari gali permata terkenal De Beers di Afrika Selatan sebelum ia dipotong, digosok dan disempurnakan selama lebih setahun oleh pakar terbaik antarabangsa.


Ia dijumpai lebih 10 tahun lalu dalam keadaan 200 karat dengan nilai anggaran AS$25 juta (RM89.9 juta) tetapi kemudian dibentuk semula menjadi 100.2 karat bagi disesuaikan untuk tujuan komersial.

Pemenang lelongan itu ialah seorang pengumpul barangan kemas yang berjaya menawarkan bidaan tertinggi menerusi panggilan telefon, namun meminta identiti dirinya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum itu, Sotheby’s pernah mempamerkan berlian ini sebanyak dua kali di Doha dan Dubai, kemudian di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebagai promosi untuk menarik minat pembeli berwibawa.

Sothebhy’s menjelaskan cuma ada lima berlian sedemikian yang boleh dibandingkan dengan kualiti berlian tersebut dan salah satunya telah dijual AS$30.6 juta (RM110 juta) dalam lelongan di Hong Kong pada 2013. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori