• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Membandarkan Luar Bandar Ikut Kehendak Rakyat

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agenda tranformasi, ‘Membandarkan Luar Bandar’ dilancar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hari ini dengan berpaksikan kepada keperluan dan kehendak rakyat di samping memastikan proses pembangunan luar bandar berada pada landasan betul.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan transformasi berkenaan dirangka untuk tempoh lima tahun bermula 2016 dengan penumpuan kepada enam fokus utama iaitu prasarana, pembangunan belia, ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian.

“Penyediaan infrastruktur asas luar bandar akan diperhebat terutamanya di kawasan yang masih kurang liputan terutamanya di Sabah dan Sarawak serta kawasan pendalaman di semenanjung Malaysia termasuk kawasan Orang Asli,” katanya ketika berucap bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Khas Sempena 100 hari Menteri di KKLW serta pelancaran Transformasi Luar Bandar di sini hari ini.

Katanya, dalam menggalakkan generasi muda untuk terus tinggal dan membina masa hadapan di luar bandar, kementerian komited untuk memberi keutamaan kepada penyediaan kemudahan dan perkhidmatan kepada belia luar bandar.

“KKLW juga bakal menjadi peneraju Projek Perumahan Generasi Kedua Luar Bandar melalui pembinaan Rumah Bina Negara dengan sasaran 4,000 unit bakal dibina menjelang 2020 sekali gus meningkatkan pemilikan aset Bumiputera,” katanya.

“Pembinaan rumah mampu milik berharga sekitar RM50,000 seunit ini nanti juga melibatkan kerjasama pihak kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah yang murah dan bersesuaian serta bantuan dari Kementerian Kewangan untuk mendapatkan dana bagi pembinaan infrastuktur asas kawasan berkenaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata kementerian juga bakal mewujudkan Techno-Hub bagi menggalakkan usahawan belia Bumiputera luar bandar melibatkan diri dalam sektor perniagaan yang menguntungkan di bandar berhampiran.

Dalam pada itu, beliau berkata satu model dikenali Model Baru Berpendapatan Tinggi Penduduk Luar Bandar diwujudkan berperanan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah luar bandar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan menjelang 2020.

“Model ini bertujuan untuk mempelbagai pendapatan penduduk luar bandar supaya tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan semata-mata sebaliknya meneroka sumber pendapatan lain seperti dividen ladang, dividen koperasi, aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan,” katanya.

Dalam bidang keusahawanan pula, katanya empat transformasi dirangka termasuk kedai milikan Bumiputera dijadikan sebagai pusat perniagaan, pengumpulan dan pemasaran produk luar bandar, inisiatif 1 Kampung 1 Usahawan, pembukaan ‘Rural Premium Outlet’ dan mewujudkan portal perniagaan dalam talian bagi memperluas perniagaan dalam talian di luar bandar.

“Mengenai pembangunan modal insan, antara lain kita telah merancang untuk menambah baik silibus pembelajaran Tabika Kemas Berprestasi Tinggi, mewujudkan Universiti MARA dan pengiktirafan sijil kemahiran sebgai tiket ke universiti,” jelasnya.

Mengenai Universiti MARA, Ismail Sabri berkata universiti itu akan mula dibuka pada awal tahun depan di sekitar Kuala Lumpur dengan pengambilan pertama sebanyak 200 orang dalam bidang sains pengurusan.

Selain itu, katanya kementerian juga akan memperbanyakkan program bersama rakyat dalam usaha merakyatkan KKLW untuk membolehkan kerajaan lebih mendekati rakyat agar dapat mendengar rintihan dan masalah mereka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]a_3cV2eMjkI[/wpdevart_youtube]

Tags: Ismail Sabri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd