• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Zahirah Akui Sudah Bercerai 9 November Lalu

oleh AK-47
20/11/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSOALAN mengenai status perkahwinan ibu bapa aktres baharu, Zahirah MacWilson baru-baru ini menjadi tanda tanya selepas ibunya memuat naik status ‘ibu tunggal’ di bahagian bio Instagram.

Akhirnya persoalan itu terjawab apabila bapa Zahirah, pelakon era 1980-an, Zainol MacWilson mengakui bahawa dia sudah berpisah dengan isterinya, Maslinda Yusoff.

Enggan bercerita lanjut mengenai punca penceraiannya, Zainol menyifatkan dia sudah tiada jodoh lagi dengan pasangannya yang berusia 41 tahun itu.

Memetik portal mStar, Zainol berkata: “Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda atas tiada persefahaman. Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa.”

“Cuma saya tahu, anak-anak pula yang jadi mangsa gara-gara masalah kami berdua ini,” jelas pelakon yang berusia 56 tahun itu lagi.

zainol1
Kenangan hari raya Zainol bersama keluarganya.

Walaupun berhadapan dengan penceraian, namun perkara itu tidak sesekali membuatkan Zainol serik untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu jodoh sekali lagi.

“Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi saya tidak serik.

“Sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun, saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

BH PLUS: Zahirah MacWilson

Tags: myArtispelakonselebriti
Share222Tweet139SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd