• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Dibelasah Angkara Jelingan

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Jelingan membawa padah. Itu nasib malang menimpa dua lelaki yang dibelasah dengan kerusi, meja dan botol kaca di sebuah restoran di Metro Prima Kepong, di sini, oleh sekumpulan lelaki menyebabkan mangsa menerima beberapa jahitan di kepala dan badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Isnin lalu, kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 20 tahun sedang makan di restoran itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan mangsa menjeling mereka.

Menurut sumber, mangsa menafikan ada menjeling mereka dan mendakwa hanya makan, namun tidak dipedulikan sebelum diserang.

“Suspek bertindak ganas dengan menghentak kerusi dan meja ke badan mangsa yang tidak mampu melawan kerana dikepung kumpulan itu.

“Tidak cukup dengan itu suspek turut mengambil botol kaca dan menghentak ke kepala dan badan kedua-dua mangsa menyebabkan mereka berlumuran darah,” katanya.

Sumber berkata, selepas membelasah mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan badan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Menurutnya, mereka hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Bimbang kejadian sama berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – myMetro Online

Tags: kes pukul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd