• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Maut Dipukul Anak OKU Dengan Buluh Dan Kayu

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipukul bertalu-talu oleh anak lelakinya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) menggunakan buluh dan kayu di Kampung Hujung, Repek, Bachok semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Akibat serangan itu, sebelah telinga mangsa juga turut terputus dan kita masih menyiasat motif sebenar kejadian kerana suspek yang berusia 32 tahun dikatakan mempunyai masalah mental.

“Suspek sepatutnya menjalani rawatan mental di hospital namun tidak dihantar oleh keluarganya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati mangsa diserang ketika baru bangun tidur dan hendak menunaikan solat Subuh.

Mazlan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Mengulas mengenai penemuan serpihan tulang dipercayai rangka manusia di Kampung Pak Keral, Pengkalan Kubor, Tumpat Isnin lepas, Mazlan berkata siasatan awal mendapati kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan kehilangan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Mei 2013.

“Mengikut laporan yang diterima pihak polis, kedua-dua mangsa ini dikatakan keluar dari rumah kerana mahu ke kedai runcit pada 11 malam.

“Kemungkinan besar kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air itu kerana sebelum ini, kami turut menemui rangka motosikal di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap serpihan tulang yang ditemui itu dan telah memanggil anggota keluarga mangsa yang terlibat untuk menjalani ujian sama.

Akhbar hari ini melaporkan penemuan serpihan tulang selepas kerja-kerja pembersihan tali air dilakukan di kampung berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]P3Ap4f7ARh0[/wpdevart_youtube]

Tags: dipukulmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd