• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

76 Pati Ditahan Dalam Serbuan Di Pasir Gudang

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Sebanyak 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di tapak pembinaan di Pasing Gudang, awal pagi ini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri Khairulanuar Abu Bakar berkata kesemua PATI terdiri daripada warga Indonesia (45 orang), Myanmar (13), Bangladesh (11), India (empat) dan Pakistan (tiga).

Mereka ditahan di rumah kongsi masing-masing di Taman Megah Ria dan Jalan Kong-Kong kira-kira 1.20 hingga 3.15 pagi.

Katanya, serbuan yang dilakukan 19 pegawai dan anggota Imigresen itu tidak disedari PATI kerana mereka sedang nyenyak tidur.

Pun begitu, setelah pihak berkuasa mengetuk pintu rumah kongsi dan meminta PATI keluar daripada rumah, ada dalam kalangan mereka bertempiaran lari ke hutan berhampiran dan bersembunyi dalam rumah.

“Dua anggota Imigresen turut cedera di kaki dalam serbuan itu akibat bergelut dengan dua warga Indonesia yang dikatakan hendak melarikan diri,” katanya kepada pemberita sejurus tamat serbuan itu, di sini Rabu.

Katanya, kesemua PATI dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika di sini untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 14(1)(c) Akta Imigresen kerana didapati kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd