• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Berat, Terancang Turun 15.5% Selepas 18 Bulan POCA Dilaksana

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Statistik jenayah berat dan jenayah terancang menurun 15.5 peratus setelah 18 bulan Akta Pencegahan Jenayah (POCA), yang dipinda pada 2013 dilaksanakan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini berkata ia dibuktikan melalui kajian jenayah kekerasan yang dibuat oleh polis untuk 18 bulan sebelum dan selepas akta itu dilaksanakan.

“Setelah 18 bulan penguatkuasaannya, kita dapat melihat trend jenayah berat dan jenayah terancang ini menurun,” menurut KDN sebagai menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Shamsul Anuar bertanyakan mengenai kesan pelaksanaan POCA dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) kepada negara ini.

Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) telah dipinda pada 2013 bagi menangani jenayah berat dan jenayah terancang setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dimansuhkan.

Kementerian berkenaan turut memaklumkan sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat di bawah POTA sejak ia berkuat kuasa pada 1 Sept 2015.

Katanya, biarpun kedua-dua akta tersebut telah berkuat kuasa dan dilaksanakan serentak dengan Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kementerian akan terus meneliti dan membuat kajian dari semasa ke semasa terhadap semua undang-undang sedia ada di bawah bidang kuasa kementerian.

Ia bagi memastikan undang-undang tersebut sentiasa relevan dan bersesuaian dengan keadaan semasa. – BERNAMA

Tags: JenayahKDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

28/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd