• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kutuk Keras Pengganas Penggal Tebusan Malaysia

oleh
20/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan warga Malaysia, Bernard Then Ted Fen yang diculik lelaki bersenjata Filipina di Sabah pada Mei lalu.

“Saya (bagi pihak) kerajaan dan semua rakyat Malaysia berasa terkejut dan amat sedih dengan pembunuhan rakyat senegara kami Bernard Then dan kami turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam tersebut.

“Kami gesa pihak berkuasa untuk ambil tindakan terhadap yang melakukan tindakan kejam dan ganas ini serta membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Rabu.

Najib berkata kerajaan Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi dan pihak berkuasa berkaitan serta bertanggungjawab dalam penyiasatan insiden berkenaan yang dilaporkan berlaku pada petang Selasa.

“Ingatan dan doa kami serta ucapan takziah buat keluarga dan rakan-rakannya,” kata Najib sebagai mengulas laporan terkini akhbar ternama The Straits Times Singapura yang memetik sumber pihak keselamatan Filipina.

Panglima Kumpuan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado dilaporkan berkata, mangsa berusia 39 tahun dipancung kepalanya kira-kira pukul 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, di wilayah Sulu.

Kejadian negeri tersebut berlaku semasa anggota kumpulan militan Abu Sayyaf cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Filipina di perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.

Kepala Bernard itu dikatakan ditemui penduduk awam dalam karung guni di tepi jalan Marina Street di Barangay Wall City di Jolo kira-kira 8.30 malam Selasa, sekitar 1,400 kilometer ke selatan ibu negara Filipina, Manila.

Pasukan keselamatan Filipina menemui nota bertulis ‘Bernard Then Ted Fen’ di dalam guni berkenaan dan ia segera dibawa untuk ujian DNA bagi memastikan apakah kepala tersebut benar milik jurutera elektrik berkenaan.

Pada 14 Mei lepas, mangsa, yang berasal dari Sarawak merupakan antara dua yang diculik empat lelaki bersenjata dari selatan Filipina setelah menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian pada 7.45 malam.

Seorang lagi tebusan ialah Thien Nyuk Fun, 50 tahun; yang juga pengurus restoran berkenaan, namun wanita tersebut selamat dibebaskan pada 8 November melalui rundingan antara kerajaan Malaysia dan kumpulan itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: abu sayyafFilipina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd