• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhakam Sokong Cadangan Hapus Hukuman Mati Mandatori

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan cadangan menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas kesalahan berkaitan dadah.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata pihaknya percaya perkembangan positif itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan selaras dengan kebanyakan negara lain yang didapati mula mengambil langkah memansuhkan hukuman mati mandatori.

“Suruhanjaya berharap agar cadangan terhadap pindaan ini akan segera dikemukakan ke Parlimen dan sementara menunggu keputusan tersebut, moratorium (penggantungan atau penangguhan) untuk semua kesalahan hukuman mati dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata suruhanjaya itu juga memohon kerajaan mengkaji semula undang-undang jenayah untuk memastikan bahawa sekiranya hukuman mati dikenakan ke atas sesuatu kesalahan, ia perlu hanya ke atas jenayah yag paling serius seperti yang ditakrifkan dalam Artikel 6 (2) Konvenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

Katanya, suruhanjaya itu juga mengesyorkan Malaysia menyertai ICCPR dan Protokol Pilihan Kedua serta berusaha ke arah pemansuhan hukuman mati di Malaysia, seterusnya menyertai kira-kira 140 daripada 193 negara Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah memansuhkan hukuman mati atau memperkenalkan moratorium sama ada dalam undang-undang atau secara praktikal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri semalam dilapor berkata kerajaan bercadang mengemukakan Rang Undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas beberapa jenayah berat terutama berkaitan kesalahan dadah dan pemilikan senjata api.

Nancy berkata Rang Undang-undang yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan itu, akan menyerahkan kembali hukuman terhadap pesalah atas budi bicara hakim. – BERNAMA

Tags: hukuman matiSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd