• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Porsche Dakwa Paul Walker Maut Atas Tanggungan Sendiri

oleh AK-47
19/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA selepas dua bulan, pihak pengurusan tertinggi jenama kereta mewah Porsche tampil memberi kenyataan balas bagi menjawab dakwaan anak Paul Walker, Meadow Walker yang menuduh pihak mereka menyebabkan kematian bapanya.

Meadow, 16 tahun; sebelum ini dalam tuntutan samannya menuntut Porsche bertanggungjawab dengan tragedi tragik yang menimpa mendiang bapanya dalam satu kemalangan maut pada 30 November 2013.

Anak Paul Walker Fail Saman Terhadap Porsche

Porsche dikatakan tidak menerapkan ciri-ciri keselamatan yang ketat sehingga menyebabkan bapanya terbunuh.

Dalam kenyataan balas mereka, Porsche menyatakan pelakon itu mengetahui segala risiko yang bakal ditanggung sekiranya menaiki kereta keluaran syarikat mereka sama seperti pelanggan-pelanggan yang lain.

Menurut mereka lagi, Meadow tidak berhak untuk menuntut pampasan kerana mendiang bapanya terbukti seorang yang sangat berpengetahuan luas mengenai cara-cara pengendalian dan penggunaan kereta model 2005 Carrera GT.

Peguam Meadow, Jeff Milam menyifatkan kenyataan balas itu sebagai tindakan Porsche bagi ‘melarikan’ diri daripada tanggungjawab mereka dengan menyalahkan mangsa yang sudah pun meninggal dunia.

“Berkenaan kenyataan Porsche, seperti yang kita sedia maklum, dalam tragedi itu Paul cuma penumpang yang terlibat dalam kemalangan dalam keadaan jalan raya yang kering, jalan yang lenggang pada siang hari dan dalam tahap kelajuan yang dibenarkan kenderaan itu.

“Sekiranya Porsche mereka bentuk kenderaan itu dalam keadaan yang lebih selamat, pastinya Paul masih lagi hidup sehingga kini dan boleh menyelesaikan pembikinan filem Fast and Furious 8 selain Meadow tidak akan kehilangan bapa kesayangannya,” kata Jeff dipetik portal Enews.

Dalam kemalangan dua tahun lalu, Paul bersama rakan yang juga pemandu kenderaan itu, Roger Rodas maut di tempat kejadian di Santa Clarita, California sebaik mereka selesai menghadiri satu majlis amal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hollywoodmyArtisselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd