• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambakan Laut Tidak Jejaskan Industri Perikanan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Projek tambakan laut di Melaka tidak menjejaskan tangkapan nelayan dan industri perikanan di negeri ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu Selasa.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abd Rahman berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha melaksana kawalan bagi mengelak penangkapan berlebihan dan melaksana pelbagai langkah bagi melestarikan hasil laut di negeri ini.

“Mutakhir ini jumlah tangkapan hasil meningkat iaitu 1,935.57 tan metrik dengan jumlah RM24 juta berbanding 1,800 tan metrik dengan jumlahnya RM17 juta.

“Ini bukti jelas tambakan laut tak bawa kesan negatif kepada hasil tangkapan nelayan, malah hasil itu bertambah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lai Keun Ban (DAP-Kota Laksamana) yang ingin tahu sama ada projek tambakan laut membawa kesan negatif kepada tangkapan nelayan di Melaka.

Beliau berkata kerajaan negeri bersama-sama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah melaksanakan inisiatif seperti menempatkan tukun tiruan di pulau-pulau bagi menggalakan pembiakan hidupan laut.

Hasan berkata kerajaan negeri dan agensi kerajaan terlibat juga memandang serius usaha menjaga terumbu karang yang menjadi tumpuan hidupan laut terutamanya di Pulau Undan dan Pulau Nangka di perairan negeri ini.

Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan tegas terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan negara perlu dilaksanakan supaya hasil laut yang dijaga baik ini tidak terlepas kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Menjawab soalan lisan Datuk Zaidi Atan (BN-Serkam) yang bertanya jumlah bantuan diberikan kepada nelayan Melaka, Hasan berkata RM2.13 juta disalurkan melalui bantuan sara hidup nelayan dan RM446,970.80 disalurkan melalui bantuan subsidi minyak.

Sementara itu, Exco Komunikasi dan Koperasi Datuk Latiff Tamby Chik ketika menjawab soalan lisan Datuk Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) berkata pada suku kedua tahun ini, Melaka mencatat penembusan jalur lebar 84.9 peratus iaitu kawasan kedua tertinggi di negara ini selepas Putrajaya.

“Kelajuan capaian Internet di Melaka ialah antara 1 hingga 50 mbps bagi pengguna Internet tanpa wayar dan 1 hingga 100 mbps bagi pengguna talian tetap, bergantung kepada lokasi, pakej dilanggan serta jumlah pengguna,” katanya.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ketika menjawab soalan lisan Goh Leong San (DAP-Duyong) yang bertanya tentang kadar jenayah di Melaka, berkata sebanyak 31,325 laporan polis diterima dan 2,787 suspek ditahan seluruh negeri antara 1 Julai hingga 31 Okt tahun ini. – BERNAMA

Tags: IkanMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd