• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu “Mata Lebam” Tidak Relevan Dengan Kes Liwat

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keterangan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff tidak akan mendedahkan apa-apa bukti berhubung pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konspirasi politik dalam permohonan bagi semakan sabitan kes liwat, Mahkamah Persekutuan di sini diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memberitahu barisan panel lima orang hakim bahawa keterangan Ramli mengenai ‘insiden mata lebam’ membabitkan Anwar pada 1998 adalah tidak relevan dengan pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar kerana kedua-duanya ialah isu yang berbeza.

Beliau berkata dakwaan mengenai konspirasi untuk memalsukan bukti dalam insiden tersebut adalah terlalu tipis untuk diterima sebagai bukti untuk menyokong dakwaan Anwar mengenai konspirasi politik. Anwar, 68, mendakwa bahawa dalam ‘insiden mata lebam’, matanya ditutup, tangannya digari apabila dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor pada 1998 semasa ditahan.

Ramli memberi keterangan dalam kes sivil di Mahkamah Tinggi, mendakwa bahawa beliau diarahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan dan Pendakwaan) ketika itu, Tan Sri Musa Hassan, untuk memalsukan bukti dalam ‘insiden mata lebam’. Hanafiah berkata ‘insiden mata lebam’ berlaku pada 1998 sedangkan insiden liwat berlaku pada 2008.

Beliau berkata apa yang Ramli beritahu adalah berdasarkan keterangan dengar cakap seperti didakwanya bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah (1994-2001) dan Tan Sri Abdul Gani Patail (2002-2015) memintanya membuat laporan polis, hanya dimaklumkan oleh Musa.

Hanafiah, selaku timbalan ketua bahagian pendakwaan, berkata Musa dan Abdul Gani tidak terlibat dalam siasatan serta pendakwaan ke atas Anwar dalam pertuduhan liwat kedua.

Peguam utama Anwar iaitu Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga hakim pesara Mahkamah Persekutuan, berhujah bahawa keterangan Ramli harus diterima demi kepentingan keadilan.

Katanya Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa di bawah undang-undang untuk membenarkan keterangannya diterima yang menunjukkan rancangan yang diatur untuk menganiaya Anwar, dan menambah Seksyen 93 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 harus diguna pakai melalui analogi untuk membenarkan keterangan itu diterima.

Keterangan Ramli adalah selaras dengan individu sama yang dikatakan terlibat dalam ‘insiden mata lebam’ dan kes liwat kedua Anwar dan oleh itu, keterangannya amat relevan jika ia dapat menunjukkan motif serta kecenderungan untuk menganiaya Anwar, katanya.

Beliau seterusnya berkata Abdul Gani terlibat dalam Liwat II apabila beliau mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan beliau melantik Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya utama.

Anwar memohon kepada Mahkamah Persekutuan mendapatkan perintah supaya Ramli memberi keterangan lisan dan seterusnya diterima oleh Mahkamah Persekutuan dan digunakan sebagai barang bukti pada prosiding mendengar permohonan bagi semakan.

Beliau memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb tahun ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang prosiding pendengarannya belum selesai di Mahkamah Persekutuan.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai penjara.

Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd