• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Terkejut Lihat Pesawat Dalam Air, Kipas Berpusing

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – “Saya terkejut melihat sebuah pesawat berada dalam air dalam keadaan kipas di bahagian hadapannya masih berpusing,” kata Azhar Shahadan yang melihat pesawat persendirian Piper 32 terjunam di atas laut kira-kira 100 meter dari Pantai Teluk Dalam, Kampung Tersusun Pulau Pangkor di sini hari ini.

Azhar, 46, berkata kira-kira 1.10 tengah hari tadi, dia dan rakannya Roslan Bakar, 40-an masing-masing menaiki motosikal melalui kawasan kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian apabila terdengar bunyi seakan-akan pesawat terhempas dalam laut.

“Kami kemudian terlihat pesawat sudah berada dalam air dan seorang mangsa wanita sedang keluar dari pesawat itu, berenang ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri.

“Rakan saya Roslan kemudiannya berenang ke dalam laut untuk menyelamatkan tiga lagi mangsa lelaki yang masih berada dalam pesawat berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Azhar kemudian menghubungi pihak ambulans selepas melihat seorang mangsa dipercayai juruterbang pesawat itu yang mengalami kecederaan di bahagian mulut, manakala mangsa lain mengalami luka-luka ringan.

“Kejadian ini mengingatkan saya pada peristiwa 16 tahun lalu yang mana kejadian seumpama ini berlaku di lokasi yang sama,” katanya.

Seorang penduduk Osman Bakar, 39, berkata dia yang baru selesai menangkap ikan di kawasan berhampiran terdengar bunyi dentuman sebelum bergegas ke kawasan berkenaan.

“Saya sudah mengagak bunyi letupan itu dari sebuah pesawat kerana lokasi pusat penerbangan yang berada berhampiran pantai tersebut.

“Saya lihat pesawat itu sudah terbalik dengan keadaan roda di atas dan saya membantu beberapa mangsa keluar dari pesawat berkenaan,” katanya.

Pesawat itu terjunam dalam laut dan terbalik ketika ingin melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan kecemasan kerana ekornya tersangkut pada pagar lapangan terbang bagi pelepasan dan pendaratan jarak dekat (STOL) yang terletak berhadapan pantai berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tDk7PVcuaaw[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd