• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Sukarelawan Dun Telemong Sedia Ditugaskan Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
15/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Sebanyak 500 anggota Skuad Sukarelawan Bencana (SSB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong sedia ditugaskan bagi menghadapi banjir tahun ini, kata wakil rakyatnya Datuk Rozi Mamat.

Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri berkata memandangkan kawasan itu sering terjejas banjir, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan SSB bagi membantu lebih 1,000 keluarga di kawasan itu.

“Inisiatif yang kita lakukan ini ekoran saban tahun daerah ini dinaiki air dan kawasan DUN Telemong antara kawasan yang paling teruk terjejas jadi kita mengambil langkah dengan membuat persiapan awal,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran SSB DUN Telemong oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Beliau berkata bagi memastikan operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir kelak berjalan lancar, anggota SSB dan pemimpin masyarakat turut didedahkan dengan simulasi menghadapi banjir mengikut prosedur operasi standard yang digariskan.

Katanya skuad itu dilengkapi dengan tiga pacuan empat roda, empat lori, 14 bot dan tiga jentolak yang akan digunakan untuk membawa barang dan membantu memindahkan mangsa banjir.

Menurutnya sebanyak 21 pangkalan hadapan turut disediakan di DUN Telemong bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus ketika banjir. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]edi0niwOriM[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd