• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Kutuk, Hantar Mesej Tegas Tolak Keganasan

oleh Ahmad Albab
15/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam mesti mengutuk dan menghantar mesej tegas bahawa tiada toleransi terhadap perbuatan keganasan sama ada terhadap umat Islam atau bukan Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bahawa umat Islam menolak semua bentuk keganasan sama ada oleh pengganas atau negara.

“Keganasan mengakibatkan keganasan dan sejarah telah membuktikan bahawa keganasan bukan cara untuk menyelesaikan konflik.

“Bagaimanapun, selagi majoriti senyap yang merupakan sebahagian besar masyarakat terus membisu dan tidak mengutuk perbuatan keganasan, dengan itu akan dianggap sikap berdiam diri itu merupakan tanda sokongan tanpa kata-kata,” katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.com, hari ini.

Salleh mengulas serangan di Paris pada Jumaat malam di dewan konsert, restoran di tengah-tengah ibu kota dan berhampiran Stade de France yang mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.

Beliau berkata insiden itu merupakan serangan kedua oleh pengganas pada tahun ini selepas kes tembakan di pejabat akhbar satira Charlie Hebdo dan mengembalikan ingatan terhadap kejadian pengeboman di Madrid pada 2004 yang mengakibatkan 191 orang terbunuh dan 1,800 yang lain cedera.

Salleh mengambil perhatian sejak insiden September 2001, Islam telah dianggap sebagai agama keganasan dan pihak yang memberikan Islam imej negatif ini ialah orang Islam sendiri.

“Malangnya, dalam semua tragedi ini ia melibatkan perbuatan orang Islam. Dan ini merupakan satu lagi tragedi kerana orang Islam juga menjadi mangsa termasuk turut terkorban dan cedera.

“Apa yang pihak Barat mungkin tidak sedar adalah terdapat lebih satu bilion umat Islam tetapi hanya segelintir minoriti yang melakukan tindakan keganasan ini manakala majoriti orang Islam cintakan keamanan dan menolak keganasan,” kata Salleh. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yVdOM6w5z4Q[/wpdevart_youtube]

Tags: keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd