Instagram sememangnya menjadi medium orang ramai berkongsi cerita dan gambar-gambar menarik termasuklah manusia yang bergelar selebriti.
Kalau diperhatikan kini ramai yang tak segan silu memberi komen-komen negatif seperti bercakap lucah dan pastinya yang menjadi mangsa ialah orang-orang dikenali ramai seperti artis.
(Komen Emma Isu Ini – Dia Pelik Dengan Pemikiran Kotor Orang – KLIK)
Hah, inilah yang berlaku kepada selebriti jelita muda ini , Emma Maembong yang bergambar bersama monyet peliharaan kesayangannya, Meekataro.
Entah apa yang pelik dan kontroversi gambar yang dimuat naik tersebut sampaikan peminatnya sanggup memberi komen-komen lucah yang agak keterlaluan.
Kadang-kadang kita pulak yang terpikir, apa sebenarnya yang otak mereka pikir sampaikan dapat terbayang benda bukan-bukan.
Ish..ish..ish.. kesian Emma, lagi-lagi Emma baru sahaja berhijrah mengenakan hijab.
Mesti Emma yang membaca berasa sedih membaca komen yang seumpama itu. Sabarlah dik!
Comelnya tengok Emma Maembong dan monyetnya ,meekataro ini kan.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: Farah