• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Disangka Peragut, Anggota Polis Sedang ‘Berlakon’ Dibelasah

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU latihan mencegah jenayah yang sedang dijalankan Pasukan Polis George Town, Pulau Pinang pada 12 November lalu bertukar menjadi tragedi apabila dua pegawai polis cedera dibelasah semasa melakonkan aksi ragut.

The Star Online melaporkan, insiden berkenaan menyebabkan Koperal Zulkifli Mohamad, 34; dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26; mengalami bengkak pada kaki dan tangan.

Ketika kejadian anggota polis terbabit sedang berlakon sebagai peragut yang kononnya keluar secara tiba-tiba lalu merampas beg tangan seorang wanita dan melarikan diri.

Seorang lelaki yang melihat apa berlaku kemudiannya, bertindak mengejar dan memukul kedua-dua anggota polis itu dalam usaha menghalang mereka daripada melarikan diri tanpa mengetahui ia adalah hanya satu latihan polis yang dilakukan secara olok-olok.

Setelah mengetahui apa sebenarnya berlaku, lelaki tersebut berkata, “Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan sangka ianya benar-benar berlaku. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab.”

Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki tersebut  telah memohon maaf dan dibebaskan tanpa sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Latihan polis dijalankan seperti biasa selepas itu dan anggota polis yang cedera diarahkan berehat..

Dalam pada itu, kes curi dan ragut masih menjadi masalah besar di Pulau Pinang dengan 614 kes curi motosikal dilaporkan antara 1 Jan dan 10 November, berbanding 756 kes dalam tempoh sama tahun lepas. -MYNEWSHUB.CC

kena-ragut

Gambar Hiasan.

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd