• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Terlibat Kes Bunuh Dipercayai Ada Masalah Mental

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemandu lori berumur 35 tahun yang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Jalan Kampung Batu 4, Slim River, semalam dipercayai mempunyai masalah mental.

Pemandu lori (tengah) ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan susulan penemuan mayat seorang lelaki tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Kampung Batu 4, Slim River, semalam. - Foto BERNAMA
Pemandu lori (tengah) ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan susulan penemuan mayat seorang lelaki tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Kampung Batu 4, Slim River, semalam. – Foto BERNAMA

Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Goh Kok Liang berkata polis sedang menyiasat daripada pelbagai aspek termasuk suspek dan mangsa dikatakan bergaduh sebelum dibunuh.

“Setakat ini tiada suspek lain yang terlibat dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat K. Ganesan, 50, beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River ditemukan dalam keadaan tanpa kepala pada 2.10 pagi semalam.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan pemandu lori berkenaan di rumah bapanya di sebuah kampung di Gerik, petang semalam dan menemukan parang panjang kira-kira 0.8 meter dan satu beg silang mengandungi pisau 0.15 meter.

Selain itu, polis turut menjumpai guni plastik makanan anjing berwarna merah serta kuning dan di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam mengandungi kepala manusia yang disyaki kepala mangsa. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd