• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cedera Ditembak Ketika Cuba Larikan Diri

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki cuba mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda, cedera ditembak apabila cuba melarikan diri bersama dua lagi rakannya, selepas dikepung polis di SS7/17, Kelana Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, sepasukan polis diarah ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat daripada penghuni kondominium berhampiran yang ternampak beberapa lelaki dilihat cuba mengumpil kenderaan itu.

“Dua unit MPV polis cuba mengepung suspek dari arah depan dan belakang, menyedari kehadiran polis, kesemua suspek berusia lingkungan 30 tahun cuba melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Wira Aeroback hitam.

Suspek mengundurkan kenderaan mereka dan telah melanggar sebuah kereta polis di belakang, kemudian suspek bergerak ke depan dan telah melanggar sebuah lagi kereta polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azmi berkata polis telah melepaskan tembakan ke arah kereta suspek dan satu das tembakan telah mengenai peha kiri seorang suspek di tempat duduk penumpang belakang.

“Seorang suspek telah ditangkap ketika cuba lari ke kawasan semak berhampiran manakala seorang lagi berjaya melarikan diri…kenderaan yang digunakan mereka itu juga disyaki kereta curi berikutan kesan umpil ditemui di bahagian ‘dashboard’,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang cedera itu mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kes samun.

“Tiada anggota polis yang cedera dan hanya kereta peronda terbabit yang rosak di bahagian depan akibat dilanggar suspek, manakala suspek yang cedera telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata polis kini sedang memburu suspek yang melepaskan diri itu dan kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd