• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2016 Guna Kaedah Pengurusan Nilai – Ahmad Husni

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2016 akan menggunakan kaedah pengurusan nilai bagi memastikan sasaran defisit fiskal sebanyak 3.1 peratus bagi tahun depan dapat dicapai.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kaedah berkenaan lebih berkesan kerana ia meminimumkan harga dan mengoptimumkan kos.

“Begitu juga bagi perbelanjaan pembangunan, kita tak mahu lagi anggaran dibuat berdasarkan konservatif. Dengan itu kami percaya 3.1 peratus (sasaran defisit fiskal) dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan penerangan mengenai Bajet 2016 pada Majlis Penerangan Perdana di sini hari ini.

Katanya Bajet 2016 yang merupakan bajet pertama untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bukan semata-mata bagi pembangunan Malaysia pada tahun depan sebaliknya memastikan negara berada di landasan tepat menjadi negara maju pada 2020.

Ahmad Husni berkata, ekonomi negara dijangka berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun hadapan, berbanding 4.5 hingga 5.5 peratus jangkaan tahun ini.

Ia berikutan kelembapan ekonomi dunia, jangkaan harga komoditi dan minyak yang terus berada pada paras rendah.

Mengenai isu kenaikan harga barang, Ahmad Husni berkata kerajaan sedang melihat isu penetapan harga yang tidak adil di kalangan peniaga.

Beliau berkata melalui sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan dapat menyemak kos, keuntungan dan kerugian kira-kira 400,000 syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Bila kami semak, kami tahu kos barang berapa, berapa patut dapat margin paling tinggi, jadi kami tahu jika harga tidak adil,” katanya.

Katanya selain penetapan harga tidak adil, punca kenaikan harga juga disebabkan kenaikan harga barang import, tekanan kos dan permintaan meningkat.

Dalam penerangan selama lebih sejam itu, Ahmad Husni turut menggunakan tayangan video untuk menarik perhatian ribuan hadirin yang hadir. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]vGH_kW9-SAA[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd