• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prasarana Sedia Bas Atasi Masalah Parkir Di Parlimen

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Prasarana menyediakan perkhidmatan bas pengantara dari KL Sentral ke bangunan Parlimen sebagai usaha mengatasi masalah petugas dan pelawat meletak kenderaan mereka ekoran kerja-kerja penambahbaikan dan menaiktaraf kawasan bangunan itu.

Naib Presiden Eksekutif Operasi RapidKL, Muhammad Yazurin Sallij berkata, perkhidmatan bas disediakan dari KL Sentral bermula pukul 7 pagi dan 7.30 pagi dari Parlimen ke KL Sentral seterusnya setiap 30 minit dari kedua-dua lokasi sehingga 9 pagi.

“Selepas pukul 9 pagi, bas RapidKL akan berlepas setiap satu jam sehingga 7 petang dari KL Sentral dan 8 malam dari Parlimen.

“Perkhidmatan dengan pengenalan bas bernombor S100 ini akan ditawarkan sepanjang sesi Parlimen berlangsung bermula Isnin hingga Khamis termasuk Jumaat ini sempena pembentangan bajet,” katanya kepada Bernama selepas bermesyuarat bersama Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Lamien Sawiyo di Bangunan Parlimen, di sini.

Pada Jumaat ini, kekerapan bas akan ditambah selepas 2 petang pada setiap 30 minit sehingga 7.30 malam dari KL Sentral, katanya.

Bajet 2015 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhammad Yazurin berkata, bayaran RM1 dikenakan untuk seorang penumpang bagi perkhidmatan sehala dengan pemberian diskaun 20 peratus kepada pemegang Kad Touch’N Go dan Rapid.

Katanya, pihaknya akan meletakkan papan tanda mengenai perkhidmatan bas itu di kawasan daftar pintu masuk ERL di KL Sentral.

Sementara itu, Lamien berkata, sebanyak 104 lot tempat letak kereta terjejas akibat kerja-kerja penambahbaikan yang bermula sejak 2011 secara berfasa dan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2017.

“Saya galakkan petugas termasuk orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kesesakan tempat letak kereta terutamanya pada Jumaat ini dengan tetamu yang hadir ke Parlimen boleh mencecah hingga 3,000 orang,” kata Lamien. – BERNAMA

Tags: Kumpulan PrasaranaParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd