• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Mayat Tanpa Kepala: Pemandu Lori Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang pemandu lori direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan susulan penemuan mayat seorang lelaki tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Kampung Batu 4, Slim River, semalam.

Majistret Nurul Nadia Abdul Razak mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan polis.

Suspek berumur 35 tahun tiba di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini kira-kira 9.50 pagi dengan dikawal beberapa anggota polis.

Mayat K. Ganesan, 50, beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River ditemukan dalam keadaan tanpa kepala pada 2.10 pagi semalam.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan pemandu lori itu di rumah bapanya di sebuah kampung di Gerik, petang semalam dan menemukan sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter dan satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.

Selain itu, polis turut menemukan satu guni plastik makanan anjing berwarna merah dan kuning dan di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam mengandungi kepala manusia yang disyaki kepala mangsa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Zc5yGRWMlfA[/wpdevart_youtube]

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd