SEORANG juruteknik tidak menyangka menjadi antara yang bertuah apabila diberi peluang menyaksikan kebesaran Tuhan yang maha esa iaitu dapat melihat kalimah Allah di langit.
Menurut Norizam Mohd Safar, 33, kalimah Allah itu dilihat ketika dia dan dua lagi rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas selesai solat jumaat di masjid di Taman Teknologi Tinggi, Kulim, Kedah.
Terpegun melihat fenomena unik itu, Norizam kemudian menangkap gambar imej kalimah Allah tersebut sebelum memuat naik di laman sosial.
“Bertuah dapat melihat kejadian berkenaan dan tidak pernah melihat awan sebegitu seumur hidup.
“Saya ambil gambar kalimah berkenaan sebelum menghantarnya kepada rakan-rakan dan memuat naik di laman sosial,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Norizam, pada mulanya awan itu hanya dilihat dalam keadaan samar-samar sebelum membentuk kalimah berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=23UjerAiwB8]