• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Dedah Azmin Tidak Iktiraf Kerajaan Pakatan Harapan Selangor!

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendedahkan tentang pendirian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang cuma menggangap PAN sebagai rakan dalam pentadbiran kerajaan Selangor sewaktu pertemuan di antara kedua-dua pihak pada pukul 8.30 pagi semalam.

PAN turut mendedahkan pendirian Mohamed Azmin dalam pertemuan itu bahawa pentadbiran kerajaan Selangor akan tetap dianggotai wakil PAS atas hujah kerajaan Selangor dimenangi atas tiket Pakatan Rakyat, bukan Pakatan Harapan.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abd. Samad bagaimanapun menegaskan kepada Mohamed Azmin bahawa pemimpin PAN adalah mereka yang terlibat dan menjuarai Pakatan Rakyat sewaktu dalam PAS.

“Amanah mengambil maklum pandangan Menteri Besar Selangor bahawa sudah sedia ada perjanjian dengan PAS Selangor di mana mereka bersetuju untuk terus berpegang kepada dasar bersama dan manifesto PR sebagai asas pentadbiran bersama.

“Oleh itu mengikut pandangan Menteri Besar Selangor, perjanjian baru antara PAS dan Pakatan Harapan adalah tidak perlu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Khalid, PAN menerima pendirian Mohamed Azmin bahawa kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan seperti kerajaan Pulau Pinang atas sebab keterlibatan PAS dalam kerajaan Selangor.

Namun, kata beliau, Mohamed Azmin memberitahu Pakatan Harapan tetap diiktiraf dan mempunyai tempat di dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Khalid berkata, PAN telah menjelaskan kepada Mohamed Azmin bahawa tuduhan yang dilemparkan Datuk Husam Musa berhubung usaha pihak tertentu membentuk kerjasama dengan UMNO cuma ditujukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Amanah telah menjelaskan tuduhan Husam bahawa ada usaha untuk membentuk kerajaan dengan UMNO tidak ditujukan terhadap Menteri Besar Selangor tetapi terhadap Presiden PAS.

“Amanah memperakui bahawa Menteri Besar Selangor tidak mengetahui tentang hasrat itu kerana i disebut di dalam mesyuarat PAS Pusat dan bukan semasa perbincangan Presiden PAS dengan Menteri Besar Selangor,” katanya.

Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS memenangi kerajaan Selangor dalam pilihan raya umum 2013 sebelum ia berkubur pada Ogos lalu akibat pertelingkahan diantara PAS dan DAP dalam beberapa isu akidah dan pelaksanaan syariat Islam.

Berikutan itu, beberapa bekas pemimpin PAS mesra DAP dan PKR bertindak meninggalkan parti itu bagi menubuhkan parti Islam baharu PAN untuk menyertai DAP dan PKR dalam gabungan baharu parti pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan. – mynewshub.cc

Tags: Azmin AliPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd