• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktivis Didakwa Terbitkan Penerbitan Menghasut Berhubung Keputusan Kes Liwat Anwar

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis pembangkang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawrence Jayaraj Edwin John, 46, jurujual kereta terpakai, didakwa menerbitkan penerbitan itu di satu laman Facebook di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah, Aras 2, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada pukul 4.45 petang, 12 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada tujuh orang anak itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan perkhidmatan aplikasi internet bagi membuat dan memulakan penghantaran komen dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di laman Facebook pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan seterusnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua orang penjamin atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan jumlah jaminan itu memadai bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam Eric Paulsen yang mewakili Jayaraj memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM2,000 kerana anak guamnya, yang mempunyai pendapatan RM900 sebulan, merupakan penanggung tunggal keluarga.

Hakim Azman Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua orang penjamin terdiri daripada waris terdekat. Isteri dan abang tertuduh membayar wang jaminan itu.

Mahkamah menetapkan 6 Jan tahun depan untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – BERNAMA

Tags: aktiviskes liwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

18/08/2024
0

Meski mengalu-alukan kenaikan gaji penjawat awam, aktivis buruh Callistus Antony D'Angelus berkata bahawa undang-undang yang mengawal pekerjaan sektor swasta perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd