• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alhamdulillah.. Siti Nurhaliza Hamil, Kandungan Hampir 2 Bulan

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKA-TEKI spekulasi kehamilan penyanyi No.1 negara akhirnya terjawab, apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini sebenarnya sedang hamil hampir dua bulan.

Baca: Hetty Larang Siti Nurhaliza Menari, Hamil Bukan Spekulasi?

Berita gembira itu didedahkan oleh seorang sumber keluarga terdekat penyanyi tersebut kepada sebuah akhbar tempatan.

“Ya, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu.

“Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu.

“Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

“Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu.

“Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini,” ujar sumber tersebut.

Bagaimanapun, tambah sumber itu, Siti akan berkongsi berita baik tersebut kepada semua apabila tiba masanya.

Mengikut perkiraan, isteri kepada Datuk Khalid Jiwa ini dijangka bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun depan.

Sebelum ini, heboh di laman sosial apabila Siti memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

Spekulasi kehamilannya diperkukuhkan lagi apabila sebuah rakaman video menunjukkan Hetty Koes Endang melarang Siti Nurhaliza daripada menari dan melompat dalam konsert Satu Suara yang berlangsung baru-baru ini tersebar sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: siti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd