• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Mahu Pihak Berkuasa Pantau Pangkalan Haram

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan meminta pihak berkuasa agar meningkatkan pemantauan terhadap rakyat Malaysia yang menggunakan pangkalan haram sebagai laluan keluar masuk ke Thailand.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata penguatkuasaan yang lebih tegas perlu bagi menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan bot biasa untuk berulang-alik ke negara jiran itu.

“Kawalan perlu diperketatkan lagi agar orang ramai tidak lagi menyeberangi tanpa dokumen yang sah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, insiden bot terbalik yang mengorbankan nyawa tiga beranak di Sungai Golok itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak terutamanya tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal pangkalan haram.

Sabtu lepas, Wan Nurhabib Naufal Wan Azli, 6, bersama kakak Wan Nurdina Nadia, 10 dan ibu mereka Rosmiwati Zakaria, 37, terkorban selepas dihanyutkan arus deras selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Golok, Rantau Panjang.

Tiga beranak itu ialah antara 15 penumpang bot yang pulang dari Pasar Mundok, yang terletak di sebelah Thailand.

Mangsa lain berjaya diselamatkan dan ada yang berenang ke tebing. – BERNAMA

Tags: Ahmad YakobKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd