• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bujang Taha Masuk Hospital Kerana Lelah

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bekas jaguh bina badan negara, Bujang Taha kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini kerana menghidap asma.

Beliau mendapat rawatan sudah hampir seminggu dan dinasihati doktor agar kurang bercakap.

“Saya sudah dapatkan rawatan di HUS hampir seminggu. Semalam doktor tebuk untuk keluarkan air di bahagian paru-paru saya. Nak tengok?,” katanya berjenaka dan menambah sejak dirawat, anak serta cucunya bergilir-gilir menjaga beliau.

Bujang, 77, merasa teruja kerana keadaannya turut disebarkan menerusi laman Facebook yang turut menarik perhatian seorang lagi bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor serta bekas Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Mumtaz Jaafar yang juga bekas ratu pecut negara.

Bujang berkata Malik berjanji akan datang melawatnya.

Beliau berkata seorang lagi bekas atlet bina badan negara dari Sarawak iaitu Solomon Ismanto juga sedang dirawat di HUS.

Sempena perayaan Jubli Emas Kemerdekaan Sarawak baru-baru ini, Bujang diberi Pingat Terpuji Jubli Emas (PTE) bersama dua lagi bekas atlet negara kelahiran Sarawak iaitu Watson Nyambek (pelari pecut) dan Sapok Biki (tinju).

Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979.

Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982. – BERNAMA

Tags: hospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd