• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman RM50 Juta: Anwar Nafi Liwat Mohd Saiful

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya hari ini menafikan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar membuat penafian itu dalam pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini oleh peguamnya Shahid Adli Kamarudin, pada pengurusan kes saman, yang difailkan Mohd Saiful pada 23 Jun lepas bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan bahawa beliau meliwat Mohd Saiful adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian liwat itu tidak pernah berlaku.

Anwar berkata ketika kejadian pada 26 Jun 2008, beliau hanya meminta satu sampul surat dihantar kepadanya ketika menghadiri mesyuarat di Damansara dan surat itu telah dihantar oleh Mohd Saiful kerana hanya beliau (Mohd Saiful) yang berada di pejabat Parti Keadilan Rakyat pada masa itu.

Beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu berniat jahat dan mempunyai sebab yang tersembunyi untuk memburukkan dan merosakkan karier politiknya.

Media memperoleh pernyataan pembelaan itu daripada Shahid Adli pada pengurusan kes itu hari ini yang didengar di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dengan dihadiri peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful.

Zamri kemudiannya memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 18 Nov depan untuk pengurusan kes.

Mohd Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimLiwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd