• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cedera Parah Dipukul & Ditetak Sekumpulan Lelaki

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua tangan manakala hidungnya hampir putus selepas dipukul dan ditetak sekumpulan lelaki di hadapan kuil di Hong Seng Estate, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun yang dalam keadaan mabuk dan sedang menunggang motosikal tiba-tiba didatangi enam lelaki sebelum mereka bertindak memukul dan menetaknya.

“Mereka menetak mangsa menggunakan parang sehingga lelaki itu cedera parah di kedua-dua tangan dan hidung juga terkoyak sehingga hampir putus,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata beberapa penduduk yang berada di kawasan itu bertindak meleraikan keadaan sebelum lima daripada enam lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki tiga motosikal.

“Seorang daripada mereka tidak sempat melarikan diri dan dipercayai bersembunyi dalam hutan berhampiran. Polis cuba mengesan lelaki itu di situ tetapi gagal,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.

“Usaha mengesan enam lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu sedang dijalankan,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes gaduhkes pukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

07/06/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd