• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh JAKIM: Veteran UMNO Gesa Tawfik Mohon Maaf

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

VETERAN UMNO menggesa anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Mohamed Tawfik supaya memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana mencadangkan agar memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Setiausaha Agungnya Datuk Mustapha Yaakub berkata, seseorang itu patut berdiam diri jika tidak tahu fungsi JAKIM daripada menyerlahkan kejahilannya dalam agama.

“Kenyataan Tawfik yang mahu kerajaan menghapuskan JAKIM adalah kenyataan ‘unislamic’ oleh seorang Islam. Tidak ada sebab perlu dimansuhkan kecuali Tawfik menjadi agen kepada bukan Islam yang tidak senang dengan peranan JAKIM.

“Adakah Tawfik cuba jadi jurucakap kepada gerakan anti Islam yang tidak senang dengan peranan JAKIM seperti dakwaan yang mengatakan JAKIM menyebar dakyah melalui khutbah Jumaat,” katanya, memetik laporan Sinar Online.

Menurutnya lagi adalah memalukan kerana seorang Muslim tergamak mengeluarkan kenyataan dangkal dan tidak bermaruah tanpa mempunyai sebarang alasan kukuh.

Tawfik sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa JAKIM perlu dimansuhkan kerana pertubuhan itu hanya campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Muslim Malaysia.

Tawfik turut menyebut, di awal kemerdekaan dahulu menteri-menteri bebas untuk minum wiski tanpa dipertikai oleh masyarakat terdahulu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JakimUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd