• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dipuji, Payungkan Polis Bertugas Ketika Hujan Lebat

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Seorang wanita di China, menerima pujian menggunung selepas gambarnya berdiri memayungkan seorang anggota polis yang sedang bertugas dalam hujan lebat tersebar di laman sosial.

Menurut laporan media tempatan, Wang Zhiheng yang sedang mengawal kesesakan lalu lintas di Shangqiu, wilayah Henan mulanya terkejut dengan kehadiran wanita terbabit.

1

Dia berkata, wanita yang tidak dikenali itu berdiri bersamanya selama 30 minit dalam keadaan hujan lebat.

Walaupun terharu dan tersentuh dengan tindakan wanita itu, dia kemudian menyuruhnya pergi kerana ia membahayakan nyawanya.

“Saya beritahu dia jangan ikut saya kerana ia bahayakan nyawanya. Saya juga ucapkan terima kasih dan suruhnya pergi dari situ kerana cuaca yang sejuk.

“Tapi dia berdegil dan tunggu bersama saya. Saya tidak kenali dia dan sangat terharu dengan pengalaman itu,” kata Zhiheng.

Identiti wanita tersebut dikenalpasti selepas Zhiheng menyiasat latar belakangnya selepas insiden mengharukan itu.

Wanita yang dikenali sebagai Wang Yanyan itu merupakan seorang pengusaha di sebuah kedai berdekatan lokasi kejadian.

3

“Saya memiliki sebuah kedai di sini. Setiap hari saya lihat ada pegawai polis bertugas tidak kira cuaca panas dan sejuk, mereka sangat komited.

“Hari itu hujan sangat lebat dan saya melihat polis itu sudah basah kuyup. Hati saya berbisik supaya pergi payungkan dia,” katanya.

Tindakan murni wanita itu membuktikan sifat perikemanusian dalam masyarakat kini masih lagi wujud dan kuat.

Apa yang diperlukan hanyalah kepercayaan dalam diri dan kekuatan untuk melakukan kebaikan terhadap orang lain. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinagambargambar viralWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd