• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tag Heuer Perkenalkan Jam Pintar Pertama Dari Mereka

oleh AK-47
11/11/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

ERA jam pintar nampaknya mungkin sedang mengorak langkah apabila jenama jam tangan terkenal seperti Tag Heuer sendiri telah memasuki ke arena ini.

Tag Heuer baru-baru ini memeperkenalkan secara rasmi jam tangan pintar pertama mereka berasaskan kepada sistem operasi Android Wear yang menggunakan cip pemprosesan Intel.

Jam tangan pintar ini dikategorikan dibawah jam tangan mewah dan berharga 165,000JPY (RM5,886).

tagheuer_connected_02

Dinamakan sebagai Tag Heuer Connected, ia membawakan rekaan seumpama jam tangan Tag Heuer mekanikal sebelum ini, tetapi mengintegrasikan ciri-ciri pintar dan berasaskan kepada digital sepenuhnya.

Ia dibina berasaskan kepada titanium, sekaligus memberikan binaan premium tetapi mempunyai berat yang ringan.

Memandangkan Tag Heuer menggunakan sistem operasi Android Wear daripada Google, maka ia boleh digunakan tanpa masalah bersama-sama peranti Android atau iPhone.

Seperti jam tangan pintar lain, ia turut dilengkapi dengan ruangan storan 4GB dan juga sensor gyroscopic. Tiada integrasi GPS yang terdapat pada jam tangan pintar ini.

Dengan penawaran mengkhususkan pasaran mewah, Tag Heuer Connected hadir dengan beberapa rekaan wajah jam yang khusus daripada Tag Heuer, dan dilengkapi aplikasi seperti cadangan tempat makan dan juga untuk memantau permainan golf anda.

Tag Heuer Connected ini menawarkan masa penggunaan bateri selama 30 jam, boleh dikatakan menawarkan masa penggunaan yang singkat, salah satu masalah yang dihadapi kebanyakkan jam tangan pintar lain di pasaran hari ini.

Jam tangan pintar ini akan ditawarkan di Amerika Syarikat bermula hari ini, dan dijangka dipasarkan pada peringkat global bermula bulan hadapan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Tag Heuer Connected

Tags: jam pintarTeknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal ‘Pupus’

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang. Ahli...

Malaysia Bangunkan 2 Teknologi Kesan Virus Covid-19

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang membangunkan dua teknologi menerusi universiti tempatan yang dibiayai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd