• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Daerah Baling, 8 Kampung Terjejas 285 Mangsa Dipindahkan

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila bilangan mangsa dipindahkan di pusat-pusat pemindahan di sini meningkat kepada 285 orang pagi ini berbanding 185 malam tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Syamsul Izrin Isahak ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, 285 mangsa banjir itu melibatkan 69 keluarga berbanding 52 keluarga malam semalam.

Lapan buah kampung paling teruk terjejas adalah Kampung Padang Lalang, Kampung Weng, Kampung Baru Siong, Kampung Tanjung Pari, Kampung Banggol Derum, Kampung Lahar, Kampung Bukit Sebelah dan Kampung Sini Ketengga.

Kesemua mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan, Dewan Surau Weng, Dewan Kampung Baru Siong, Dewan Risda Kampung Tanjung Pari, Surau Kampung Sri Ketengga, Dewan Banggol Derom, Dewan UMNO Batu 60, Rumah Mesra Rakyat, Surau Kampung Lahar dan Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang.

Pihak JKM Baling menurut beliau, bersama agensi kerajaan lain menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa terlibat di pusat-pusat pemindahan termasuk makanan dan minuman. – BERNAMA

Tags: BanjirKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd