• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kakitangan Kedutaan Serbia Diculik Di Libya

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELGRADE – Dua pekerja kedutaan Serbia dilaporkan diculik di pantai Sabratha di Libya ketika mereka sedang menyertai satu konvoi menuju Tunisia.

Bagaimanapun Duta Serbia ke Libya turut dalam konvoi sama namun menaiki kereta berlainan ketika kejadian berlaku kira-kira 100 kilometer dari sempadan utama menyeberangi Libya ke Tunisia.

Kementerian Luar Serbia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kakitangan kedutaan masing-masing lelaki dan wanita itu dikenali sebagai Sladjana Stankovic, yang bertugas di bahagian komunikasi dan Jovica Stepic, seorang pemandu.

“Serangan penculikan itu adalah pertama kali berlaku ke atas kenderaan kedutaan apabila kereta mereka dilanggar dari belakang.

“Pemandu memberhentikan kenderaan dan pergi melihat apa yang berlaku sebelum dia diheret masuk ke satu kenderaan lain,” kata Duta Serbia, Oliver Potezica kepada agensi berita Tanjug.

Penyerang dikatakan semuanya memakai topeng kemudian mengarahkan kakitangan wanita memasuki kenderaan sebelum memecut laju.

Potezica berkata, penyerang turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah konvoi Serbia dan salah satu tembakan mengenai kakinya.

Sementara itu, Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vucic memberitahu stesen penyiaran RTS bahawa beliau sudah menghubungi pegawai Libya mengenai penculikan itu dan menjangkakan menerima makluman positif dalam tempoh 48 jam.

Namun Menteri Liar Serbia, Ivica Dacic sebelum itu memberitahu, mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti penculik.

“Tiada siapa yang menghubungi kami lagi untuk menyatakan tuntutan.Kami terus memantau keadaan,” katanya. – AP/BH ONLINE

Tags: LibyaSerbia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Slobodan Milosevic Dibunuh

29/07/2018
0

PEGUAM kepada Slobodan Milosevic yang dikenali sebagai penjenayah perang Serbia mati ditembak di luar kediamannya. Dragoslav Ognjanovic, 57, dibunuh Sabtu...

10 Pelarian Maut, Berpuluh Hilang Di Luar Pantai Libya

09/01/2018
0

CATALINA - Seramai 10 pendatang maut dan berpuluh lagi dilaporkan hilang termasuk kanak-kanak selepas bot dinaiki mereka karam di luar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd