Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Penunjuk Perasaan Di Hong...

HONG KONG - Polis terpaksa menggunakan kekerasan dan penyembur lada ketika menghadapi penunjuk...

Hampir 70 Peratus Kepimpinan...

KOTA KINABALU - Hampir 70 peratus daripada 34 anggota kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri...

Pertukaran 2 Pegawai SPRM...

KUCHING - Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana...

Suri Rumah Dipenjara Kerana...

IPOH – Seorang suri rumah dipenjara enam bulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah...

Peguam Slobodan Milosevic Dibunuh

PEGUAM kepada Slobodan Milosevic yang dikenali sebagai penjenayah perang Serbia mati ditembak di luar kediamannya.

Dragoslav Ognjanovic, 57, dibunuh Sabtu lalu di luar bangunan pangsapurinya di ibu negara, Belgrade.

Anaknya berusia 26 tahun cedera dalam serangan itu menurut kenyataan kementerian dalam negeri.

Ognjanovic ialah anggota pasukan peguam bela Milosevic semasa perbicaraannya di The Hague pada awal dekad 2000-an.

Bekas presiden Serbia itu ditangkap pada 2001 dan ditahan di tribunal PBB atas jenayah perang, genosid dan jenayah lain.

Milosevic bagaimanapun ditemukan mati dalam sel penjaranya pada 2006 sebelum perbicaraannya selesai.

Beliau berdepan tiga tuduhan berhubung kekejaman di Kosovo, jenayah di Croatia dan genosid di Bosnia antara 1992 hingga 1995.


Dalam satu kenyataan, ketua majlis peguam Serbia berkata pembunuhan Ognjanovic ialah serangan kepada semua peguam.

Ognjanovic juga berkhidmat dalam beberapa kes berprofil tinggi melibatkan mafia di Serbia dan Montenegro.

Beberapa ahli terkenal jenayah terancang Serbia dan Montenegro telah dibunuh di Belgrade sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pihak polis Serbia, pembunuhan ini ialah sebahagian perang antara kumpulan jenayah dalam persaingan menguasai pasaran dadah. – BBC

Kategori