• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setem Dan Poskad ‘Saya Sayang Keluarga Saya’ Dilancar

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Setem dan poskad ‘Saya Sayang Keluarga Saya’ edisi khas dilancar hari ini sempena pelancaran sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2015 dan penutupan Jelajah Keluarga Bahagia 2015 (JKB).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata setem dan poskad itu diperkenalkan bertujuan mengimbau kembali nostalgia lama bagaimana kasih sayang diperlihatkan melalui penghantaran surat, kad dan poskad.

“Penyampaian maklumat menerusi telefon pintar adalah mudah, tetapi bagi saya menerima kad sebenar daripada insan tersayang itulah yang paling bermakna dan boleh disimpan sepanjang hayat,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancarannya oleh isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu di sini.

Rohani berkata poskad dan setem berkenaan yang dicetak sebanyak 10,000 keping boleh didapati secara percuma di booth Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di CityOne Mall, Kuching sehingga esok.

Mengenai JKB yang dilancarkan pada 15 Mac lalu di seluruh negara, Rohani berkata sebanyak 83 peratus peserta memahami pemupukan nilai kasih sayang kepada keluarga dengan peningkatan pemahaman sebanyak 17 peratus.

Terdahulu, ketika berucap beliau berkata keluarga merupakan unit asas sosial yang membekalkan sumber manusia untuk pembangunan serta menjamin kesinambungan insan sebagai generasi akan datang.

Beliau berkata institusi keluarga perlu diperkukuh, diperkaya dan diperkasakan dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran terkini dan wajar diberi perlindungan oleh kerajaan serta masyarakat.

Selain itu, Rohani berkata setiap anggota keluarga perlu memahami dan menghormati hak keluarga, dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi melahirkan insan bermaruah, berkualiti dan berperibadi mulia.

Sementara itu, Jamilah dalam ucapannya mencadangkan agar program pendidikan kekeluargaan dan pemantapan perkahwinan yang dilaksanakan kementerian menerusi
agensinya perlu diperhebatkan lagi bagi memantapkan institusi kekeluargaan di negara ini. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd