• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Halangan Sekiranya SELCAT Mahu Siasat DEIG

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini berkata tiada halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) mahu menyiasat penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ini kerana katanya, entiti berkenaan masih belum beroperasi seperti mana yang didakwa pelbagai pihak malah ia sedang melalui proses penstrukturan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu juga akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit Negara.

“DEIG masih belum beroperasi jadi apa yang mahu disiasat? Jika masih mahu siasat, bolehlah.

Kita mahu DEIG mengamalkan prinsip ketelusan dan itu adalah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas upacara pembukaan Persidangan Usahawan Malaysia-China Kelima, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu SELCAT menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu DEIG terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah sebuah anak syarikat kumpulan itu.

Abdul Khalid menyatakan dalam siasatan itu, SELCAT mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.

DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8sM8MY719gQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Azmin AliDEIG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd