• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

349 Penduduk Baling Dipindahkan Akibat Banjir

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Sebanyak 349 orang daripada 87 keluarga di 10 buah kampung sekitar Baling dipindahkan ke enam pusat pemindahan akibat banjir, menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling.

Pegawai JKM Daerah, Syamsul Izrin Isahak berkata kesemua mangsa itu mula dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sejak malam tadi selepas rumah mereka dinaiki air.

“Kesemua mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan Dewan Batu 48, Kompleks Belia dan Sukan Batu 42, Dewan Banggol Derum, Tadika Gua Reban, Dewan Charuk Syikin dan Dewan Kampung Jenalik,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata 10 buah kampung yang terjejas antaranya ialah Kampung Chenderai, Kampung Batu 8, Kampung Lahar, Kampung Banggol Derum, Kampung Tanjung Merbok dan Kampung Jenalik.

Katanya pihak JKM Baling menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa terlibat di pusat-pusat pemindahan termasuk makanan dan minuman, tikar serta tilam.

Penguasa Bomba Daerah Mohd Naim Mat Jaafar pula berkata, penduduk terbabit mula dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan mulai kira-kira pukul 9 malam semalam.

Operasi malam tadi katanya, turut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan JKM Malaysia. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd